Selasa, 21 April 2020

RAHSIA (SAMBUNGAN 1)


HAI SEMUA JUMPA LAGI KITA, PAGE INI UNTUK SAMBUNGGAN " RAHSIA HATI'' 

SELAMAT MEMBACA.


BAB 3

        Maria sedar dirinya tidaklah secantik anak-anak orang kaya, tetapi wajahnya tidaklah memerlukan masa yang lama untuk disolekan. Wajahnya yang cerah dan mulus semula jadi lebih memudahkan juru solek menyoleknya. Bibir yang merah alami hanya di oles sedikit lipbalm terus menambahkan lagi kecantikkan semula jadinya.
        Namun di hari itu Maria hanya boleh diam dan pasrah saat syafiq membawanya di awal pagi hari minggu hanya untuk menyerahkan dirinya di sebuah spa kecantikan, saloon dan butik pakaian.
        Maria tidak boleh menolak, hanya mengikut kata, bagaikan lembu di tusuk hidungnya, tiada apa yang boleh dia lakukan. Dia juga yang telah bersetuju. Syafiq pula terus sahaja melihat dirinya seperti takut dirinya akan lari, jika Syafiq mengalihkan mata hanya sekejap.
        Semuanya selesai tepat di jam sepuluh pagi. Penampilan dirinya berubah dengan mengenakan pakaian pengantin yang diperbuat daripada songket, begitu juga dengan syafiq yang aku lihat-lihat sudah siap sedia dengan pakaian pengantin lelaki.
Syafiq membawanya ke Pusat Kota yang memakan setengah jam perjalanan hinggalah mereka tiba di sebuah Taman yang telah dihias.
Tidak ramai orang disana, namun Maria mengenali ayah Syafiq, Ketua Pengarah utama di perusahaanya. Orang yang telah memberikan dia kerja dan seorang yang begitu berjasa. Maria berdiri mematung, matanya terbuka tanpa berkedip. Cukup merasa terkejut.
Dia tahu, dia perlu berkahwin dengan syafiq, tetapi tidaklah disangka secepat ini. Nasib baiklah dia telah menceritakan semuanya kepada ibunya sebelum ini, tentang perancangan dia dan bosnya. Ibunya tidak banyak membantah malah memberikan semangat dan mendoakan kebahagiaannya.
Di tempat dia berdiri, perlahan dia menundukkan pandangannya. Rumput yang dipijak jauh lebih menarik baginya. Majlis berjalan dengan lancar. Tetapi dibenaknya mempunyai segala macam pertanyaan yang memenuhi kepala. Yang paling difikirkan adalah apakah dia pantas berada disana. 



BAB 4

Degupan jantungnya tidak kunjung menghilang, dia sudah terikat, tidak boleh berpatah balik apalagi berfikir untuk berlari pergi. Pernikahan yang begitu tergesa-gesa telah terjadi. Syafiq memilikinya, mengambil paksa kehidupannya, menghancurkan kebahagiaan kecilnya, cita-citanya dan semua perancangan hidupnya.
Syafiq mula mendekati Maria, mengangkat tangan untuk mengusap rambut pada awalnya, kemudian perlahan-lahan dengan lembut turun ke pipi. Ketika mata saling tatapan, Maria sedar dia kalah, walau bagaimana pun dia wajib melayani suaminya yang sah daripada hukum agama. Maria sedar dia kalah, bahkan belum dia mengangkat senjata. Maria tunduk memandang kakinya yang kaku.
Maria menggakui dia terbuai dengan usapan tangan Syafiq di wajahnya dan dia menyerah diri dan berserah. Tiada jalan untuk dia kembali, dia harus melangkah maju atau mati dengan sia-sia.
Malam itu meski udara terasa dingin menusuk kulit mematikan segala indera perasa, Maria masih boleh merasakan kesakitan di tengah pergelutan batin, di antara helaan nafas saling bertaut Maria masih sanggup berkata
“Terima kasih”
“Terima kasih telah menjadi orang dalam menghancurkan hidupnya”



BAB 5

        Racun sesetengah itu ada yang rasanya manis, namun ia mampu mematikan. Obat pula rasanya pahit, tetapi ianya boleh menyembuhkan. Lalu bagaimana dengan manisnya cinta yang mana rasanya seperti sebuah candu beracun yang perlahan-lahan menhakis setiap udara di sekelilingnya.
        Kata cinta itu boleh membunuh, lalu kenapa Maria masih terus hidup? Kenapa dia tidak mati sahaja?
        Lama - kelamaan Maria mulai faham, perasaan yang pernah dia miliki tidak hanya sekadar rasa kagum malah wujud yang lain. Tanpa Maria sedar dalam setiap hari-harinya telah menumbuhkan sebiji tunas kecil yang kini telah tumbuh menjadi besar, berakar kuat di dalam hatinya, menyukarkannya menghentikan perasaan yang sudah belasan tahun dia abaikan.
        Di awal pernikahannya, tidak ada yang berubah dalam kehidupannya malahan seperti biasanya. Dia tetap bangun dalam keadaan sendirian, tidak ada Syafiq, tidak ada siapapun.
        Namun satu hal yang Maria tahu, dia bukan dirinya lagi.Raga ini, jiwa ini, bukan miliknya. Maria tidak berhak atas dirinya,
 Syafiq yang kini memiliki seluruh hidupnya, sehingga hatinya pun kini telah menjadi miliknya. 

Tidak ada yang tersisa untuk Maria melindungi dirinya sendiri, jika Syafiq telah membuangnya, Maria pasti hancur, pecah, berkecai, remuk, kemudian mejadi debu. Terabaikan dan tidak berharga.

Maaf ye jika ada kesalahan typo..jumpa lagi dengan sambungannya nanti




RAHSIA HATI




HAI SEMUA, MARI -MARI BACA CERITA YANG SAYA REKA INI (RAHSIA HATI), HANYA FIKSYEN YANG SAYA BUAT DIMASA LAPANG DAN SUKA - SUKA. HARAP KORANG TERHIBUR DAN BOLEH KOMEN DIBAWAH UNTUK RANSANGAN SAYA YE..TERIMA KASIH.




SINOPSIS 

Hubungan yang terjalin diantara Syafiq Danial dan Marialisa adalah kerana terpaksa daripada dasarnya. Ianya merupakan rancangan Syafiq Daniel bagi merebut jawatan tertinggi dalam perusahaan mereka. Marialisa terpaksa menerima bagi membiayai penyakit ibunya yang semakin teruk. Mereka telah membuat satu perjanjian dimana masing-masing mendapat kebaikannya. Tetapi apakah perjanjian yang dibuat berjalan dengan lancar. 

        Sejauh yang Maria tahu, syafiq tidak pernah menyintainya. Di pihak syafiq pula dia tahu sedekat apapun dia dengan Maria, Maria tetap tidak merasakan cintanya.



BAB 1


Selama ini Maria menganggapnya sebagai senior yang sangat dia kagumi. Berjaya dalam segala hal yang dia lakukan, kacak dan cerdas dan terlihat sempurna di mata setiap wanita. Ini menyedarkan Maria bahawa senior itu adalah sesuatu yang tidak mampu dia gapai.
Syafiq Danial adalah seorang lelaki seperti matahari besar yang dikelilingi oleh pelbagai planet yang terletak pada lingkaran orbit masing-masing. Maria mengelilinggi Syafiq bertahun - tahun lamanya, namun lama kelamaan semakin menghilang, mengundur dengan pelahan sehingga meninggalkan orbit yang mengelilinggi matahari seperti planet Pluto yang kini hidup sendiri.
Maria masih menganggap perasaannya adalah sebuah rasa kagum, sehingga syafiq kembali masuk ke dalam kehidupannya secara tiba-tiba.
“Saya ada perkara penting nak bincang dengan awak, bolehkah kita berbincang dengan lebih serius diruangan saya.”
Maria cukup terkejut, dia sedang membuat kerja di mejanya dan tiba-tiba General Managernya datang berjumpa dengannya.
Dia, Syafiq Danial orang yang selama ini dia kagumi dan hanya mampu dilihat daripada jauh.
Maria sudah melupakan bagaimana dirinya dahulu menikmati masa remajanya di sekolah, seperti kebanyakan anak remaja lainnya, menyukai senior yang kacak dan menganggu junior yang lebih muda daripadanya. Maria jelas mengigati bahawa dia tidak pernah mendekati Syafiq yang pada ketika itu sangat terkenal dengan kekacakannya dalam jangkauan mata.
Maria mengangguk kaku dengan tatapan menunduk sebagai tanda hormat.
“Sekarang’’ dengan suara yang tegas dan tidak sabar.

Maria memandang keliling, mendapati tatapan rakan sekerjanya bagai menanyakan pertanyaan mengapa dia dipangil General Manager sehingga dia hilang di balik pintu lift.



BAB 2


        Apabila kita memasuki alam pekerjaan, perkara yang wajib ada ketika kita mengisi borang permohonan pekerjaan adalah laporan keseluruhan kesihatan kita. Semuanya terdapat didalamnya daripada ujian darah, ujian air kencing, dan lain-lainnya.
        Maria sangat bersyukur kerana dia diberikan kesihatan yang baik ketika itu dan mendapatkan pekerjaan ini.
        Namun dia tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah selepas ini.
“Begini” Syafiq memulakan bicara sambil berjalan mengelilinginya dengan pandangan yang banyak muslihatnya. Maria berdiri dengan gugup dan dahi mula mengeluarkan peluh. Jantungnya juga mula berdetak dengan laju kerana otaknya menyoalkan apakah yang bosnya mahukan daripadanya.
        “Saya perlukan pewaris dan saya tidak suka wanita yang kaya dan bergaya” kata bosnya tiba-tiba
        “Hah? ’’ maria terkejut dan menayangkan muka pelik.
        “Encik Syafiq cakap apa ni, saya tak faham ’’ Tanya maria pelik.
         Syafiq berdiri dihadapannya, tidak menjawab pertanyaan Maria malah memandang dengan tatapan tajam yang tidak menerima penolakan.
        Maria mula kecut dengan tatapan itu dan menunduk memandang kakinya.
        “Saya tahu sekarang ini awak sangat perlukan duit untuk membayar pengobatan ibu awak yang sakitkan.’’
        Maria mengeleng kecil, menandakan dia tidak suka dengan cara syafiq meminta. Ujung mata Maria mulai basah. Perlahan Maria mengikis perasaan kagumnya sebelum ini terhadap syafiq. Syafiq tidaklah sebaik dan seindah yang dia sangkakan seperti bertahun-tahun yang lalu.
        “Saya perlukan pewaris, dan awak perlukan duit, kita boleh bekerjasama. Setidaknya sampai awak bagi saya seorang anak, terutamanya lelaki.”
        Lidah Maria semakin kelu dan berharap ini semua mimpi dan tidak pernah terjadi.
        “Awak dengar tak saya cakap, saya nak anak lelaki daripada darah daging saya sendiri ’’
        Maria masih diam tidak menjawab. Syafiq berdehem agak kuat dan tahu Maria mendengarkan apa yang dia katakan tadi.
        “Saya tidak terima kata tidak. Jika awak lari, saya akan pastikan hidup awak lebih merana daripada ini.
        Maria mengigit pipi dalam mulutnya, itu sama sahaja dia menjual diri kan?
Jika dia melarikan diri itu lebih menyusahkan kehidupan dia dan ibunya yang hanya tinggal berdua. Dia tidak sanggup melihat ibunya setiap hari menahan rasa sakit dan hanya memakan ubat. Bila lagi dia akan membalas jasa ibunya yang membesarkannya dengan susah payah. Ibu terpaksa bekerja untuk memberiku makan dan sekolah semenjak ayah meninggal.

        Tetapi tiada bezanya, menjadi perempuan simpanan bosmu sehingga melahirkan anak lelakinya tanpa status apapun. Bagaimana pula jika dia tidak dapat memberi apa yang syafiq ingikan. Apakah dia akan terjebak dengan hubungan tanpa status bersama syafiq.

OK KAWAN KAWAN KITA SAMBUNG LAGI YA NANTI..KALAU SUKA BNOLEH COMENT "SUKA DAN SAMBUNG "..TERIMA KASIH