Setahu aku perasaan iri hati ini adalah sesuatau perasaan yang jahat, buruk dan tidak disukai oleh Allah S.W.T.
Sekarang ini aku sangat mengakui, bahawa aku mempunyai perasaan tersebut.
Tetapi semampu mungkin aku akan menghindarinya.
Salahkah aku mempunyai perasaan itu, kerana ianya berlaku diepan mata dan sangat menyakitkan hati.
Menahan mata untuk tidak mengalirkan air mata sangat sukar bagi aku, ini kerana hati yang akan merasa terlalu sakit.
Kenapa aku yang selalu, mendengar rintihan mereka sedangkan orang yang sepatutnya dengar tidak ada. Kenapa aku yang perlu menanggung sakitnya, sedangkan aku sememangnya tidak mampu melaluinya.
Hati aku terlalu lembut untuk engkau lukai, kerana apabila engkau lakukan juga ia akan sentiasa bebekas walaupun engkau, ubatinya dengan cinta sekali pun.
Khamis, 12 Julai 2018
Ahad, 8 Julai 2018
Sahabatku
Sahabat
Kalau nak bercerita tentang sahabat, pasti semua orang mempunyai sahabat.
Aku juga punya cerita tentang sahabat saya.
Nak dikatakan kami pertama kali berjumpa apabila saya masuk kesebuah kolej. Kolej ini terletak di bandar yang jauh dari rumah dan kampung saya. Saya ini bukanlah pelajar yang bijak, tetapi tetap berusaha untuk memegang segulung ijazah atas usaha dan kemampuan diri sendiri.
Hendak dikatakan saya lewat seminggu untuk berdaftar, sama pula dengan hari sahabat saya ini juga daftar lewat. Ketika itu saya bersama keluarga. Dia pula hanya datang seorang diri dengan adanya beg yang bersar disampingnya. Biasalah untuk pertama kali saya berjauhan dengan keluarga.
Selesai mengisi borang yang dikenhendaki, saya diminta menaiki van untuk keasrama. Tidak sangka pula sahabat saya ini sudah ada didalam van tersebut. pada mulanya kami hanya senyum kucing (malu-malu). Selang beberapa minit selepas itu dia memulakan bicara dengan mengenalkan diri. Ina(bukan nama sebenar) dan memberitahu yang dia berasal daripada serawak. Didalam hati saya berkata " jauh tu". Justeru selepas itu saya juga memberitahu dia perkara yang sama sepertinya.
Tidak lama selepas itu van kami mula bergerak untuk menuju keasrama yang telah ditetapkan. Maka saya dan dia juga ditempatkan bilik yang sama. jadi senang lah kami, ini kerana kami mengambil kos yang sama di kolej. Rasa takut dan jangal saya kurang sedikit kerana adanya dia. Sejak daripada itu kami sentiasa bersama. Saya selesa bersamanya.
Itulah pengenalan saya bersama sahabat saya ini. Tetapi apabila masuk kebilik asrama yang ditetapkan, maka bermulalah perjalan hidup aku yang berjauhan dengan keluarga dan hidup sahabatku yang jauh di perantauan.
Banyak lagi tentang dia yang menarik... tetapi akan saya update di page yang akan datang. ❤❤
Durse_Maria..

Keindahan Kata
Saya pernah terdengar orang cakap,
kalau kita sudah mula menyukai seseorang itu,
tidak kira apa yang dia katakan pasti semuanya akan terdengar indah dihati.
Seperti seseorang yang saya sukai ini,
Dia sentiasa mempunyai kata-kata yang jarang orang fikirkan,
Ini mungkin kata-kata yang terluah daripada dalam hati dan dizahirkan oleh mulutnya serta tangan yang sentiasa mencoret di atas kertas untuk diingati dan dikongsikan bersama.
Antaranya adalah :-
1) Tidak dapat aku bayangkan , jika bumi tidak punya penghujung sedemikian rupa,
Maka hilanglah satu seri untuk mata sang penghuni dunia.
2) Segala urusan sulit , pasti ada titik pengakhirannya,
Malah ia berakhir dengan ukiran senyuman
3) Pandanganku terpaku pada hayunan langsir hijau semulajadi,
Bermandikan air tulen deras membasahi bumi.
4) Usah di tanya mengapa itu ini, jika engkau sendiri tidak mengerti apa tujuannya,
Lalu dengan pantas engkau menuduh jari, kesana dan kesini,
oleh itu fahamilah isi setiap yang diperkatakan.
5) Mengapa takut dengan kemiskinan, sedangakan kita dicipta oleh yang maha kaya.
Biar kaya di jiwa bukan dimata.
dan ini yang terakhir.. kata-katanya yang paling saya suka
* Kemaafan itu sering disalah artikan,
Dinikahkan bersama sang dendam,
Kesilapan tidak pernah datang sekali,
Lembutkanlah lidah, sejukkanlah hati,
Ini kerana kita hidup hanya sekali.
Indah kata - kata, terluah daripada hati, Indah Hati terlihat daripada sifatnya
Indah sifatnya maka jatuhlah hati ini.
semoga semua pembaca sentiasa tersenyum bila membacanya. ❤❤
Khamis, 5 Julai 2018
Belajar post Blog pertama
Hai, assalamualaikum
Apa khabar semua, harap sihat dan bergembira disamping orang tersayang walau dimana jua anda berada.
Ini kali pertama saya Durse_maria mengunakan blog,
harap semua boleh terima apa yang saya akan post nanti.
Mari sama-sama kita membaca..
Ikhlas
Durse_maria

Langgan:
Ulasan (Atom)