Ahad, 8 Julai 2018

Keindahan Kata

Saya pernah terdengar orang cakap,
kalau kita sudah mula menyukai seseorang itu, 
tidak kira apa yang dia katakan pasti semuanya akan terdengar indah dihati.

Seperti seseorang yang saya sukai ini, 
Dia sentiasa mempunyai kata-kata yang jarang orang fikirkan, 
Ini mungkin kata-kata yang terluah daripada dalam hati dan dizahirkan oleh mulutnya serta tangan yang sentiasa mencoret di atas kertas untuk diingati dan dikongsikan bersama.

Antaranya adalah :-

1) Tidak dapat aku bayangkan , jika bumi tidak punya penghujung sedemikian rupa,
     Maka hilanglah satu seri untuk mata sang penghuni dunia.

2) Segala urusan sulit , pasti ada titik pengakhirannya,
    Malah ia berakhir dengan ukiran senyuman

3) Pandanganku terpaku pada hayunan langsir hijau semulajadi,
    Bermandikan air tulen deras membasahi bumi.

4) Usah di tanya mengapa itu ini, jika engkau sendiri tidak mengerti apa tujuannya,
    Lalu dengan pantas engkau menuduh jari, kesana dan kesini, 
    oleh itu fahamilah isi setiap yang diperkatakan.

5) Mengapa takut dengan kemiskinan, sedangakan kita dicipta oleh yang maha kaya. 
    Biar kaya di jiwa bukan dimata. 

dan ini yang terakhir.. kata-katanya yang paling saya suka

 * Kemaafan itu sering disalah artikan,
    Dinikahkan bersama sang dendam,
    Kesilapan tidak pernah datang sekali, 
    Lembutkanlah lidah, sejukkanlah hati,
    Ini kerana kita hidup hanya sekali.

Indah kata - kata, terluah daripada hati, Indah Hati terlihat daripada sifatnya
Indah sifatnya maka jatuhlah hati ini. 

semoga semua pembaca sentiasa tersenyum bila membacanya. ❤❤


Tiada ulasan:

Catat Ulasan