Sabtu, 18 Ogos 2018

SAHABAT HINGGA SYURGA

ORANG KATE SAHABAT BIARLAH BERIBUKAN...

Makanya kawan kawan aku mmg banyak tapi ada yang terhampir dengan aku ada 5 orang.

1)PERTAMA
 Dia berasal dari Sarawak, berhijrah seorang diri di semenanjung Malaysia untuk menuntut  ilmu ( itu yang paling aku sanjung). Sebab ape, die membawa diri seorang diri,
 memberanikan diri demi menuntut ilmu. Kesusahan, kesedihan, kerinduan, kegembiraan dia  tanggung sendir. oleh itu kami ada untuknya. 

 Dia Juga seorang yang sangat tabah, berani dan tegas..kadang2 aku bergaduh jugak  dengan die ni, padahal itu hanya masalah kecil..
 Tapi dia yang paling rapat dengan aku, kemana jua kami bersama, tidur kami tidak pernah  jauh, walaupun die suke berdengkur.hihihi..aku nak tengok die sentiasa tersenyum, dan  gembira selalu. Dia lah tempat aku menjadi diri aku sendir..hanya dihadapannya. aku    sangat - sangat rindukan dia..klau boleh sentiasa nak memeluknya.

 Pada satu hari kami pernah bergaduh besar, sehingga kami anggap tidak pernah  mengenali antara satu dengan lain. walaupun begitu setiap masa, aku sentiasa ingat akan die, sehingga dia tangguh  pelajaran...adakah disebabkan aku??? Kami pernah berjanji nak ambik gambar convocation  bersama tapi tidak kesampaian...itu adalah perkara yang paling aku kesali sehingga  sekarang.. 

 Sepanjang dia dan aku berjauhan, aku ada juga ambil tahu tentang dia, dan bertanyakan  pada pensyarah bagaimana dengan dia, dan daripada mana aku tahu die tangguh belajar  aku tak ingat ..selalu aku lihat gambarnya di fhone, teringat kegembiran, dugaan, yang kita   sama-sama lalui..

 Aku sentiasa terbayang bagaimana agaknya jika apa yang kami rancang, angankan  terjadi..mesti sekarang kami lagi bertambah bahagia.

 Lagi satu perkara yang sentiasa aku ingat, diakan rendah aku pula tinggi daripadanya, dia suka lompat dan paut leher aku sambil bergurau dan gelak ketawa..

Dan sekarang Alhamdulillah..kuasa Allah kami bersahabatan semula..kali ini aku memang tidak akan menyia-nyiakan peluang Allah S.W.T..bagi kepada aku. Akan aku jaga persahabatan kita dengan baik...SEmoga Allah permudahkan segala...Aminnn



SIAPA ENGKAU,
DIMANA JUGA ENGKAU,
AKU AKAN TETAP,
MENDOAKAN YANG TERBAIK,
UNTUK ENGKAU DAN,
PERSAHABATAN KITA..,
WALAUPUN ,
NAFAS AKU TERHENTI,
ENGKAU AKAN TETAP SAHABATKU
HINGGA SYURGA..










kekeliruan

ASSALAMUALAIKUM....DAN HAI SEMUA

Beberapa hari yang lepas...aku ada bertanya kepada seorang kawan,
"apa pandangan die terhadap aku yang sehingga sekarang masih mencari pasangan hidup"

dan die jawab " kau tu memilih sangat dan seakan-akan kau takut dengan lelaki dan perhubungan"

HaHH memilih masalahnya aku sendiri kurang pasti jadi aku mintak die jelaskan kenapa die berpendapat sebegitu.

die kata lagi
"kau takut, kau tak nak try, kau tutup sangat hati kau....dan cube lah bukak hati kau" dan " kau takut dengan hubungan yang jau"

aku terfikir seketika..adakah pengalaman aku yang buat aku jadi macam ni..
aku pun perasan akan sikap aku yang kawan aku kata "MEMILIH" sedangkan aku tidak ada niat sebegitu langsung..

Aku banyak pengalaman yang aku tidak pernah ceitakan kepada sesiapa pun..hanya aku sendiri yang simpan, walau seperti mengengam arang di tangan.

orang kata pengalaman mematangkan kita..tetapi pengalaman aku membuatkan aku serik untuk menyukai seseorang dengan mudah.

"AKAN ADAKAH ORANG YANG AKAN MENYAYANGI AKU SEPENUH HATINYA."






Rabu, 1 Ogos 2018

MENYUKAI

SALAHKAH KITA MEMPUNYAI PERASAAN MENYUKAI SESEORANG.
BUKANKAH ITU NIKMAT SETIAP MAKHLUK UNTUK MENYUKAI SESIAPA PUN.
TAPI KENAPA , KENAPA

UNTUK AKU AMAT SUKAR..
BAGAIKAN AKU PERLU HIDUP TANPA ADA PERASAAN ITU

ADAKAH UMUR MENJADI HALANGAN,
KENAPA UMUR MENJADI MASALAH,
APA SALAH JIKA YANG MUDA MENYUKAI YANG TUA,
APA SALAH YANG TUA MENYUKAI YANG MUDA.

KENAPA HARUS MENCEMARKAN YANG INDAH.
BUKAN KAH PERASAAN ITU BOLEH MEMBUATKAN HATI MENJADI BAHAGIA.
HILANGKAN KESUKARAN WALAU HANYA SESAAT.
HILANGKAN KESEDIHAN DAN KEPAHITAN.

KENAPA JUGA KADANGKALA PERASAAN INI BOLEH HILANG SEKELIP MATA,
BAGAIKAN TIDAK PERNAH WUJUD,
DAN TIDAK PERNAH MEMPUNYAI KENANGAN,

PERLUKAH KITA MENGALAH DENGAN TAKDIR
TIDAK BOLEHKAH KITA BERUSAHA LEBIH KUAT UNTUK MENGUBAHNYA,

PERLUKAH AKU MENGALAH?????