Sabtu, 18 Ogos 2018

SAHABAT HINGGA SYURGA

ORANG KATE SAHABAT BIARLAH BERIBUKAN...

Makanya kawan kawan aku mmg banyak tapi ada yang terhampir dengan aku ada 5 orang.

1)PERTAMA
 Dia berasal dari Sarawak, berhijrah seorang diri di semenanjung Malaysia untuk menuntut  ilmu ( itu yang paling aku sanjung). Sebab ape, die membawa diri seorang diri,
 memberanikan diri demi menuntut ilmu. Kesusahan, kesedihan, kerinduan, kegembiraan dia  tanggung sendir. oleh itu kami ada untuknya. 

 Dia Juga seorang yang sangat tabah, berani dan tegas..kadang2 aku bergaduh jugak  dengan die ni, padahal itu hanya masalah kecil..
 Tapi dia yang paling rapat dengan aku, kemana jua kami bersama, tidur kami tidak pernah  jauh, walaupun die suke berdengkur.hihihi..aku nak tengok die sentiasa tersenyum, dan  gembira selalu. Dia lah tempat aku menjadi diri aku sendir..hanya dihadapannya. aku    sangat - sangat rindukan dia..klau boleh sentiasa nak memeluknya.

 Pada satu hari kami pernah bergaduh besar, sehingga kami anggap tidak pernah  mengenali antara satu dengan lain. walaupun begitu setiap masa, aku sentiasa ingat akan die, sehingga dia tangguh  pelajaran...adakah disebabkan aku??? Kami pernah berjanji nak ambik gambar convocation  bersama tapi tidak kesampaian...itu adalah perkara yang paling aku kesali sehingga  sekarang.. 

 Sepanjang dia dan aku berjauhan, aku ada juga ambil tahu tentang dia, dan bertanyakan  pada pensyarah bagaimana dengan dia, dan daripada mana aku tahu die tangguh belajar  aku tak ingat ..selalu aku lihat gambarnya di fhone, teringat kegembiran, dugaan, yang kita   sama-sama lalui..

 Aku sentiasa terbayang bagaimana agaknya jika apa yang kami rancang, angankan  terjadi..mesti sekarang kami lagi bertambah bahagia.

 Lagi satu perkara yang sentiasa aku ingat, diakan rendah aku pula tinggi daripadanya, dia suka lompat dan paut leher aku sambil bergurau dan gelak ketawa..

Dan sekarang Alhamdulillah..kuasa Allah kami bersahabatan semula..kali ini aku memang tidak akan menyia-nyiakan peluang Allah S.W.T..bagi kepada aku. Akan aku jaga persahabatan kita dengan baik...SEmoga Allah permudahkan segala...Aminnn



SIAPA ENGKAU,
DIMANA JUGA ENGKAU,
AKU AKAN TETAP,
MENDOAKAN YANG TERBAIK,
UNTUK ENGKAU DAN,
PERSAHABATAN KITA..,
WALAUPUN ,
NAFAS AKU TERHENTI,
ENGKAU AKAN TETAP SAHABATKU
HINGGA SYURGA..










2 ulasan: