2) KEDUA
DIA seseorang yang lebih matang sifatnye berbanding aku dan yang lain. Seorang yang kurang bercakap, ketawa berbanding aku dan yang lain juga, tetapi tetap seronok. Tubuh badan yang paling kecil diantara yang lain, dan bagi aku die labih pandai daripada yang lain juga hahahah...sebab apa dia ambil kos account..hahaha..(subjek paling aku tidak suka)
Negeri kelahiran kota kinabalu sabah (kalau tak silaplah)... hiihihihi. Sempoi, simple dan sporting dari semua segi. DIA adalah Alisa binti Kimlen walaupun dia seorang sahaja beragama lain daripada aku dan yang lain, aku tetap sayangkan dia. Nak kata cantik, bagi aku Ira paling cantik antara kami, tetapi dia tiadaklah tak cantik, cuma cantiklah bila dibandingkan dengan aku.. hahahaha..
Setiap orang mestilah ada kecantikan masing2 sama ada terang-terangan atau pun tersembunyi.
Mula pengenalan, ketika di asrama, dia duduk bilik sebelah aku dan stacy. Kebetulan aku dan stacy nak ke Aeon taman maluri untuk membeli barang dan jalan-jalan, terjumpa dia yang juga kebetulan keluar daripada bilik untuk membeli barang. Jadi aku dan stacy menegurnya dan kami sama-sama pergi membeli barang. Daripada situlah kami semakin rapat. Keluar makan sama, jalan-jalan sama, ke kelas sama dan boleh dikatan semua aktiviti kami bersama.
aku juga sangat bangga terhadapnya yang sama dengan stacy. Juah - jauh merantau semata-mata untuk menuntut ilmu.
Satu lagi sikap dia yang buat aku selesa adalah penerimaan dia dengan sikap aku dan yang lain sama ada buruk ataupun baik. Kami sering bertukar pendapat dan sering jugak cerita termasuk tentang BF...hihihi..Dia juga terbuka dengan isu tentang Agama Islam.
Pernah aku berdoa semoga hatinya tebuka untuk memeluk Islam suatu hari nanti ternyata menjadi kenyataan sekarang. Kalau tak silap aku sebelum puasa kot. (Lisa sorry klau salah tau).
Pada saat dimana engkau kata engkau memeluk agama islam, Aku serius menanggis bukan sebab sedih tetapi sungguh aku katakan aku sangat, tersangat gembira Lisa. Allah dah makbulkan doa aku. Dan aku berdoa lagi untuk kau, agar engkau memeluk agama islam bukan sebab engkau nak kawin dengan BF kau, tetapi dengan sebab engkau betul betul memahami dan mencintai yang sepatutnya.
Aku sebenarnya nak sangat berada disamping engkau ketika engkau melafaskan dua kalima syahadah, dan memeluk engkau setelah engkau. Aku cukup bersyukur kepada ALLAH S.W.T. Dalam pelukan aku itu ingin sekali aku katakan Selamat Datang Wahai saudara seagamaku.
Engkau bagaikan Bayi yang baru dilahirkan, yang suci dan bersih seperti sehelai kain putih.
aku akan selalu merindui mu.
Kali terakhir aku jumpa kau, dan pada saat kita mahu berpisah, teringat aku akan pelukan mu, bagaikan kakak yang merindui adiknya...aku sangat mengigatinya. time itu juga mata engkau berair, bagaikan kaca yang bercahaya. Seperti engkau tidak mahu melepaskan aku.
Aku rindu engkau LISA....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan