Khamis, 13 Jun 2019

KATA -KATA DIA


 TERUS BERJALAN DIATAS MASA
MASA YANG KAU LALUI DENGAN PENUH RASA

USAH MUDAH TERMAKAN KATA-KATA MANIS SI PENGHUNI DUNIA,
BELUM TENTU DIHADAPAN SANA KITA MENDAPAT CAHAYA,
HARUSLAH TEGUH PADA YANG SETIA
KERANA HATI MANUSIA TIDAK BISA BICARA.

WALAU KITA MENASIHATI ATAU DINASIHATI,
SETIAP YANG DIPERKATAKAN ITU LEBIH MAHAL,
JIKA BERASAL DARIPADA KATA-KATA YANG PERNAH MERASAI.

TIDAK SEMUA YANG INDAH MUDAH MENDATANG,
TIDAK SEMUA YANG PERIT MUDAH SAKIT.

JANGAN DISIRAM HATI DENGAN KEANGKUHAN(EGO),
SAMPAI MASA IA AKAN TUMBUH SUATU JIWA YANG MENGHALANG UNTUK MELIHAT HATI YANG LAIN. KETIKA ITU KITA HANYA MEMIKIRKAN APA YANG KITA MAHU DAN KITA SAHAJA YANG BETUL. KERNA JIWA YANG TUMBUH ITU TIDAK TAHU UNTUK MEMAHAMI ORANG LAIN MESKIPUN YANG SENTIASA DISEKELILINGMU TANPA JEMU. MAKA HILANGLAH ANTARA SIFAT HATI YANG TERNILAI IAITU 
" MENGHARGAI "

AKHIR

ADA PERKARA YANG KITA SUDAH TERIMA LEBIH DALAM TAK SADAR,
JADI USAHLAH BERTANYA PADA SANG PENCIPTA MENGAPA MEREKA DAPAT LEBIH, KITA HANYA SERPIH. BERSYUKUR KUNCI SEGALA KEBAHAGIAN HIDUP


Rabu, 12 Jun 2019

RINDU


Kalau sebut pasal kawan, mesti semua orang ada kawan. Beribu-ribu kawan kita ada, daripada kecil hinggalah dewasa. Bak kata perpatah “ kawan biar beribu, cinta biar satu”. Kata –kata itu sangatlah diakui.

Seperti aku, semasa kanak-kanak kawan - kawan aku adalah budak-budak kampong. Masuk sekolah rendah sehingga menengah rendah kawan –kawan adalah budak- budak dari pelbagai kampung yang berada di dalam daerah tempat aku tinggal. Kemudian masuk menengah tinggi aku pindah sekolah dibandar, maka daripada itu kawan-kawan aku bertambah semakin banyak. Rasanya daripada seluruh tempat dalam negeri johor ni aku ada kawan (agak belagak sikit ;)




Berbeza dengan Form 6, aku masih dapat merasai ikatan persahabatan sehingga aku tamat belajar. Ketika itulah kami satu kelas berusaha susah bersama – senang bersama. Kami sangat menikmati hari-hari bersama dengan itu hubungan kami sangat rapat berbanding kami di alam persekolahn biasa ( form 1 until form 6)



Walaupun kelas kami banyak guru-guru tidak suka kerana kuat membangkang, tetapi kami tetap hormat akan mereka. Jika tiada mereka maka tiadalah kami saat ini. Kelas kami paling rajin buat program..macam mcam lah, sama ada tukang menukang sehingga tari menari..hahaha sebolehnya kami ni...hahaha



Hari – hari kami penuh dengan gurau senda, suka duka, penat lelah, tolong menolong, dan pelbagai lagi perasaan yang wujud untuk di rasai. Ketekunan kami berlajar dan mengulang kaji pelajaran. Daripada situlah kami merasa hubungan kami seperti sahabat. Sehinggalah sekarang sudah ada yang beranak pinak pun, kami masih berhubung.




Isnin, 1 April 2019

KEHILANGAN





Memang betul setiap pertemuan pasti ada perpisahan...
semua orang pasti mengalaminya,
Dengan rela mahupun tanpa rela.

Untuk beberapa bulan ini sahaja bermacam-macam dugaan datang.
Kehilangan adalah diantara perasaan yang amat sakit dan menyedihkan..satu perasaan yang tidak dapat kita gambarkan melalui kata-kata. Mengalirnya air mata untuk luahan hati yang merasa. 

Perginya tidak diduga tidak disangka, mudahnya tiada yang disusahkan..
ketenagannya setenang air yang tidak berombak.
Berat kami rasa berat lagi yang bersamanya...

Kehilangan bukan kehendak, tetapi pasti..
kenangannya kami simpan,
senyumnya kami ingat,
Katanya kami dengar,
Cerianya kami rasai..

Itulah engkau yang sentiasa kami rinduiiii...