Kalau sebut pasal kawan, mesti semua
orang ada kawan. Beribu-ribu kawan kita ada, daripada kecil hinggalah dewasa. Bak
kata perpatah “ kawan biar beribu, cinta biar satu”. Kata –kata itu sangatlah
diakui.
Seperti aku, semasa kanak-kanak kawan
- kawan aku adalah budak-budak kampong. Masuk sekolah rendah sehingga menengah
rendah kawan –kawan adalah budak- budak dari pelbagai kampung yang berada di dalam
daerah tempat aku tinggal. Kemudian masuk menengah tinggi aku pindah sekolah
dibandar, maka daripada itu kawan-kawan aku bertambah semakin banyak. Rasanya
daripada seluruh tempat dalam negeri johor ni aku ada kawan (agak belagak sikit ;)
Berbeza dengan Form 6, aku masih dapat
merasai ikatan persahabatan sehingga aku tamat belajar. Ketika itulah kami satu
kelas berusaha susah bersama – senang bersama. Kami sangat menikmati hari-hari
bersama dengan itu hubungan kami sangat rapat berbanding kami di alam
persekolahn biasa ( form 1 until form 6)
Walaupun kelas kami banyak guru-guru
tidak suka kerana kuat membangkang, tetapi kami tetap hormat akan mereka. Jika tiada
mereka maka tiadalah kami saat ini. Kelas kami paling rajin buat program..macam mcam lah, sama ada tukang menukang sehingga tari menari..hahaha sebolehnya kami ni...hahaha
Hari – hari kami penuh dengan gurau
senda, suka duka, penat lelah, tolong menolong, dan pelbagai lagi perasaan yang
wujud untuk di rasai. Ketekunan kami berlajar dan mengulang kaji pelajaran. Daripada
situlah kami merasa hubungan kami seperti sahabat. Sehinggalah sekarang sudah
ada yang beranak pinak pun, kami masih berhubung.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan