Ahad, 8 Julai 2018

Sahabatku

Sahabat

Kalau nak bercerita tentang sahabat, pasti semua orang mempunyai sahabat.
Aku juga punya cerita tentang sahabat saya.

Nak dikatakan kami pertama kali berjumpa apabila saya masuk kesebuah kolej. Kolej ini terletak di bandar yang jauh dari rumah dan kampung saya. Saya ini bukanlah pelajar yang bijak, tetapi tetap berusaha untuk memegang segulung ijazah atas usaha dan kemampuan diri sendiri.
 
 Hendak dikatakan saya lewat seminggu untuk berdaftar, sama pula dengan hari sahabat saya ini juga daftar  lewat. Ketika itu saya bersama keluarga. Dia pula hanya datang seorang diri dengan adanya beg yang bersar disampingnya. Biasalah untuk pertama kali saya berjauhan dengan keluarga.
   
Selesai mengisi borang yang dikenhendaki, saya diminta menaiki van untuk keasrama. Tidak sangka pula sahabat saya ini sudah ada didalam van tersebut. pada mulanya kami hanya senyum kucing (malu-malu). Selang beberapa minit selepas itu dia memulakan bicara dengan mengenalkan diri. Ina(bukan nama sebenar) dan memberitahu yang dia berasal daripada serawak. Didalam hati saya berkata " jauh tu". Justeru selepas itu saya juga memberitahu dia perkara yang sama sepertinya.
   
Tidak lama selepas itu van kami mula bergerak untuk menuju keasrama yang telah ditetapkan. Maka saya dan dia juga ditempatkan bilik yang sama. jadi senang lah kami, ini kerana kami mengambil kos yang sama di kolej. Rasa takut dan jangal saya kurang sedikit kerana adanya dia. Sejak daripada itu kami sentiasa bersama. Saya selesa bersamanya.

 Itulah pengenalan saya bersama sahabat saya ini. Tetapi apabila masuk kebilik asrama yang ditetapkan, maka bermulalah perjalan hidup aku yang berjauhan dengan keluarga dan hidup sahabatku yang jauh di perantauan.

Banyak lagi tentang dia yang menarik... tetapi akan saya update di page yang akan datang. ❤❤

 Durse_Maria..



3 ulasan:

  1. Kau masih ingat lagiiii dan pada saat aku mengenali mu..ketika itu ada seekor patung paus yg lusuh ku kira bantal busuk yg di panggil pada zaman era 90 hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. wei, perlukah engkau mengungkapkan mengenai paus ku itu..ianya hanyalah bantal ok..hahaha

      Padam
    2. wei, perlukah engkau mengungkapkan mengenai paus ku itu..ianya hanyalah bantal ok..hahaha

      Padam